
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sekitar tahun lalu, kami ada berkongsi kisah seorang lelaki, Damiral Imran yang mahu menjual kesemua koleksi kad Pokemon miliknya yang bernilai lebih RM2 juta pada harga RM1.87 juta.
Namun siapa sangka, tidak sampai 10 hari, Damiral yang berasal dari Pulau Pinang sudah berjaya menjual keseluruhan koleksi peribadinya pada harga RM1.87 juta.
Dulu jual kad Pokemon RM1.87 juta, kini mahu jual RM4.44 juta pula
Terbaharu Damiral yang juga pemilik sebuah perusahaan bakeri di Pulau Pinang, Damiral Bread sekali lagi menjadi tumpuan apabila memaklumkan mahu menjual sebahagian daripada koleksi peribadi Pokemon yang dikumpulnya sejak enam bulan lalu pada harga RM4,444,444.
Dakwa Damiral, koleksi kad Pokemon miliknya itu dianggarkan bernilai antara RM4.68 juta hingga RM4.75 juta dan ia kini dibuka kepada pembeli yang serius.
Kalau tak mahu bayar cash RM4.4 juta, boleh trade dengan Mercedez AMG+ RM3.8j!
Selain jualan tunai, pengumpul tegar kad Pokemon itu turut membuka pilihan trade iaitu sebuah Mercedes-AMG GTS bersama tambahan tunai sebanyak RM3.8 juta.
Tawaran yang dibukanya menunjukkan bagaimana aset collectible kini sudah berada pada tahap sama seperti pelaburan mewah lain termasuk kereta prestasi tinggi dan barangan eksklusif.
Namun ini bukan kali pertama Damiral berbuat demikian, pada tahun lalu, selain menawarkan harga RM1.87 juta, kesemua koleksi kad Pokemon itu juga boleh ditukar beli (trade-in) dengan Porsche 911 Carrera 4S berserta wang tunai RM1 juta.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mahu Jual Semua Koleksi Kad Pokemon Pada Harga RM1.87 Juta Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Iklan Tak Sampai 10 Hari, Lelaki Berjaya Jual Semua Koleksi Kad Pokemon Pada Harga RM1.87 Juta
Tawar komisen RM80k kalau dapat jual
Lebih mencuri tumpuan apabila pemuda ini turut menawarkan ganjaran komisen sebanyak RM80,000 turut kepada mana-mana individu yang berjaya membantunya menjual kad tersebut.
Namun buat masa ini, urusan COD untuk koleksi berkenaan hanya dibuka di sekitar Kuala Lumpur.
Sebagai info, fenomena kenaikan harga kad Pokemon bukan sesuatu yang baharu di peringkat global. Kad tertentu pernah dijual pada harga jutaan dolar hasil permintaan tinggi daripada geng collector, pelabur dan influencer terkenal dunia.
Antara kisah paling diingati tentunya membabitkan influencer terkenal Logan Paul apabila Kad Pokemon Illustrator dengan watak kartun ikonik Pikachu miliknya dijual pada harga AS$16.49 juta pada awal tahun 2026.
Ini menjadikan kad tersebut sebagai kad dagangan Pocket Monster paling mahal pernah dijual dalam lelongan awam.

Yang menariknya, kad sama sebelum ini telah pun memecahkan Rekod Dunia Guinness sebagai “kad Pokemon paling mahal dijual melalui jualan persendirian” apabila YouTuber berkenaan membidanya dengan harga AS$5.27 pada tahun 2021.
