“Dulu, Dia Suruh Saya Bersabar. Dia Perempuan Yang Baik” – View Chin Akui Ada Rancang Kahwini Mira

10 Feb 2024 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan yang pernah dilanda kontroversi gara-gara kemelut rumah tangganya dulu, View Chin akhirnya menjawab beberapa spekulasi dan dakwaan yang tular di media sosial.

Sebelum ini, timbul desas desus mengatakan View Chin sudah mengahwini pekerjanya yang turut tular sebelum ini bernaa Mira malah usahawan itu juga didakwa sudah memeluk agama Islam.

 

Sudah ada perancangan

Ketika ditemu bual, View Chin berkata dia dan Mira belum mendirikan rumah tangga namun sudah mempunyai perancangan sejak setahun yang lain, sebelum kontroversi itu tular.

Doakan yang baik baik. Mira seorang yang tabah, kuat dan akan menghadapi apa jua situasi bersama-sama dengan saya. Masa tengah viral, Mira yang paling terkesan. Walaupun begitu, dia yang banyak nasihat saya untuk bersabar. Jadi saya rasa dia perempuan yang baik.

image is not available

 

Terasa hati dengan bekas isteri, bisnes drop teruk

Sementara itu, View Chin mengakui sudah jarang berkomunikasi dengan bekas isterinya, Shermine dan mengaku sangat terasa dengan perbuatan wanita itu.

Kenapa dia perlu buat macam tu? Kenapa perlu viralkan perkara ini. Tapi perkara dah lepas.

Katanya, disebabkan mesej kantoi curang itu tular, perniagaannya terjejas teruk apatah lagi kerana ketika itu pada musim perayaan.

Sangat teruk. Masa itu dah dekat nak raya. Itu adalah golden time yang kita nak fight (kejar sales). Tiba tiba mesej ini (kantoi curang) keluar. Memang memberi kesan pada perniagaan. Ada yang cancel, tak jadi bagi kita promote.

image is not available

Bagaimanapun, ujarnya bisnes yang sama dijalankannya itu kini sudah kembali stabil dan perniagaan kembali menjadi perhatian ramai pelanggan.

image is not available 2 months ago

Ah Moi Maafkan & Berbaik Demi Anak-Anak, Bila Ditanya View Chin Dah Kahwin Dengan Mira Ini Jawabnya - "Sebenarnya Status Dia..."