Norman & Abby Tak Restu Perkahwinan Marissa, Dakwa Desak Untuk Bercerai

Entertainment
8 Feb 2024 • 11:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Konflik mengenai kes anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim dilihat kembali menjadi hangat setelah timbul desas-desus yang mengatakan Marissa sudah berkahwin dengan lelaki yang pernah digosipkan dengannya dulu, Aslam.

Mereka dikatakan sudah berkahwin secara diam-diam pada 27 Disember tahun lalu, sumber yang terdekat kepada pasangan ini memaklumkan bahawa pernikahan itu dilakukan ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya sedang berada di Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.

 

Abby & Norman tak restu, minta mereka cerai

image is not available

Jelas sumber tersebut lagi, Marissa yang mengajak Aslam untuk berkahwin selepas lelaki itu dan Misya sudah kembali rujuk pada Oktober lalu.

“Mereka nikah pada Disember ketika Misya berada di Makkah. Sehari selepas Misya pulang, Aslam ada bertemu dengannya. Aslam juga sudah memberitahu Misya yang dia dan Marissa mahu berkahwin.”

Malah, dikatakan keluarga kepada kedua-dua belah pihak sudah maklum mengenai perkahwinan mereka ini.

Jelas sumber itu lagi, Abby dan Norman sudah bertemu dengan keluarga Aslam bagi membincangkan isu ini dan mereka tidak bersetuju dengan pernikahan tersebut dan meminta Marissa dan Aslam untuk berpisah.

image is not available

“Ada perjumpaan keluarga selepas dapat tahu mereka nikah di Thailand. Keluarga Marissa tidak bersetuju dengan pernikahan itu dan minta mereka berpisah. Bagaimanapun, Aslam dan Marissa tidak dapat menerima cadangan itu dan enggan berpisah.”

image is not available

mStar Online melaporkan bahawa mereka masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia. Malah sumber turut menceritakan bahawa hubungan Aslam dan isteri pertama kembali retak selepas isu ini terjadi.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.