“Dulu Handsome, Tapi Sekarang…” - Tampil Imej ‘Kusut Masai’, Netizen Doakan Justin Bieber

8 Oct 2024 • 2:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penampilan penyanyi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Menerusi beberapa foto yang tular di media sosial, Justin dilihat tampil menggayakan kefiyyah dengan imej yang kusut masai.

Malah, pelantun lagu Baby itu kini memiliki jambang dan misai yang kelihatan tidak terurus.

Peminat bandingkan?

Bukan itu sahaja, ada juga peminat yang membandingkan penampilan terkini dan sewaktu era kegemilangannya dahulu.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan netizen.

Ada yang terkejut dengan gaya terbaharu itu, dan ada juga yang mendoakan agar Justin sentiasa dalam keadaan yang baik. 

 

“Dia nampak lain. Harap dia okay.

“Dulu kacak tapi sekarang dia nampak serabut.

“Mari kita berdoa untuk Justin, semoga yang baik-baik,” komen beberapa netizen. 

View Original Article