Dulu hilang anak, kini suami pergi selamanya. Koperal Nurit sempat muat naik status undang pilu. 'Bagi tengok gambar dulu sebelum m@ti...'

14 May 2025 • 10:50 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

NAHAS tragis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar menyayat hati. Impak perlanggaran jentera pasukan itu dengan lori membawa muatan batu mengakibatkan lapan wira beret merah meninggal dunia termasuk Koperal Nurit Pandak, 34.

ISTERI kepada mendiang menerima ketentuan takdir kehilangan suami dan anak dalam tempoh singkat iaitu kurang dua tahun.

Jowissemborisxs Bah Johan, 36, berkata, suaminya telah bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota polis.

Wanita tabah itu sempat meluahkan kehilangan yang cukup perit apabila terpaksa menerima takdir pemergian suami dan anak dalam tempoh kurang dua tahun.

image is not available

“Kami sudah empat tahun berkahwin. Tahun lepas, anak perempuan kami meninggal dunia akibat masalah jantung. Sekarang, suami pula pergi tinggalkan saya dan keluarga.

“Siapa tidak sedih bila kehilangan anak, tapi dia kuat. Sekarang saya pula yang kena kuat,” katanya sayu.

Menurut pengguna Facebook, Siti Norlaila Shaharom, mendiang yang merupakan orang asli Kampar sempat berkongsi status seolah-olah tahu akan pergi selama-lamanya.

image is not available

"Bagi tengok gambar dulu sebelum mati, manalah tahu," kongsinya.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Nurit Pandak.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian berlaku ketika tujuh konvoi kenderaan FRU dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan perayaan Chitra Pournami di daerah Hilir Perak.