Sebuah kebangkitan baharu, unveiling the new Madam Mariyah
Pernah rebah dihenyak kontroversi dan diuji dengan perpisahan rumah tangga, namun itu bukan pengakhiran buat wanita berjiwa kental ini.
Usahawan Madam Mariyah memilih untuk bangkit mempertahankan maruah dan empayar.
Hari ini, dia melangkah keluar dari bayang-bayang duka lalu. Menggalas status usahawan dan ibu tunggal, figura ini sedia merungkai perjalanan baharu kehidupannya yang penuh liku.
Menerusi Podcast Borak Bibir Merah (BBM) bersama hos Keymi, ikuti pendedahan eksklusif mengenai kecekalan wanita tabah ini membina semula empayar dan membuktikan bahawa setiap wanita berhak mendapatkan peluang kedua.
SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news
