“Dulu memang muka saya teruk” – Kena ‘Face Shaming’, Hafiz Mahamad Tak Melatah

Entertainment
21 Feb 2024 • 5:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Face shaming atau menghina fizikal seseorang adalah tindakan yang boleh dikategorikan sebagai satu bentuk buli, ia termasuklah memberi komen, menghina, mengutuk atau mengejek penampilan wajah seseorang.

Contohnya mengejek wajah orang yang berjerawat, memiliki dahi yang lebar, pipi yang besar, berkulit gelap, dan lain-lain.

Terbaru, usahawan terkenal iaitu Hafiz Mahamad menjadi salah seorang mangsa face shaming di media sosial.

Dalam satu video, dapat dilihat wajah pengasas Aaina Beauty itu terdapat banyak parut jerawat dan ada beberapa orang netizen yang menghina wajahnya itu.

Menurut mStar, Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad berkata dia sama sekali tidak terasa hati, malah membuatkan dia lebih bersemangat membantu mereka yang berdepan masalah sama.

“Dulu masa saya zaman sekolah masalah jerawat saya teruk, memang ada kawan kutuk. Itu sebenarnya membuatkan saya datang dalam industri penjagaan kulit.

Saya nak orang yang ada masalah jerawat ini tahu yang dia pernah ada situasi macam mereka. Dulu ada la orang hina, tapi sekarang saya bangga sebab jerawat sudah tiada. Cuma ada bahagian parut yang susah nak buat,” katanya

Dalam pada itu, Hafiz dalam video itu turut berseloroh dengan isterinya iaitu Syafiqah Aina di mana dia bertanya kepada isterinya itu adakah dia tampan atau tidak.

Tak baik face shaming guys!

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.