“Dulu Membesar Zaman Dia” – Hampir 15 Tahun ‘Sepi’, Netizen Teruja Bienda Kongsi Video Waheeda

Music
19 Oct 2022 • 3:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebut saja ‘ke mana saja wassini, apapun jua wassini, segalanya, wassini’ sudah pasti ramai yang familiar dengan lirik terbabit yang dinyanyikan oleh penyanyi Norwahidah Abdul Wahab pada sekitar tahun 2000-an.

Untuk makluman, sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 bersama penyanyi serta pendakwah bebas iaitu Akhil Hayy, Norwahidah atau dikenali sebagai Waheeda memutuskan untuk berhenti dari industri hiburan.

Sekitar 5 tahun lalu, penampilannya di Konsert Gema Gegar Vaganza Musim Ke-2 mendapat perhatian ramai dan pada mulanya ramai yang tidak perasan tetapi mereka berpendapat suara Waheedah sememangnya tidak berubah.

Baru-baru ini, terlihat rakan selebriti iaitu Bienda berkongsikan videonya bersama Waheeda di platform TikTok dan perkara itu telah membuat ramai netizen yang teruja serta gembira.

Difahamkan, kedua-dua wanita jelita itu akan bekerjasama untuk satu projek baru yang belum diumumkan lagi kepada umum.

image is not available

image is not available

Sehingga kini, hantaran video berkenaan meraih hampir 15,000 tanda suka dan melebihi 200,000 tontonan daripada pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikanartikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Artis Paling Humble" - Jep Sepahtu Pakai Jam Rolex Harga Cecah RM89,000, Netizen Puji Tak 'Show Off'