Lagu ‘Jika’ Versi Arab Sampai Ke Penyanyi Asal, Melly Goeslaw Puji Nuha, Naufal

Music
10 Oct 2022 • 9:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Naufal Azrin dan Nuha Bahrin - Gambar fail

Penyanyi Nuha Bahrin dan Naufal Azrin baru-baru ini telah memberikan sentuhan baru kepada lagu terkenal Indonesia bertajuk Jika. 

image is not available
Melly Goeslaw - Gambar Instagram Melly_Goeslaw

Lagu yang sudah berusia 23 tahun itu dinyanyikan dalam dua bahasa iaitu Arab dan Indonesia. Video berkenaan telah berjaya meraih lebih daripada 200,000 tontonan selepas dimuat naik dua hari lalu.

‘Jika’ versi Nuha dan Naufal bagaimana pun telah sampai ke pendengaran penyanyi asalnya iaitu Melly Goeslaw. Melly menerusi Instagram rasmi miliknya sempat memuji usaha kedua-dua penyani muda itu.

“Terima kasih kerana telah menyanyikan semula lagu ini dengan versi yang sangat indah. Semoga ‘Jika’ akan mencipta sejarah baru dalam rekod industri muzik. 

“Terima kasih buat peminat Malaysia yang mengagumi laguku. Ini membuat aku tidak sabar beraksi di Malaysia kelak,” tulisnya

Tidak hanya Melly, malah nyanyian bahasa Arab tersebut turut mendapat respon yang positif daripada pendengar.

“Aduh, bikin nostalgia lagunya,” tulis seorang pendengar Indonesia.

“Lirik bahasa Arabnya sedap. Tahniah penulis,” komen yang lain.

“Sangat merdu, tahniah,” tulis seorang penonton. – Getaran, 10 Oktober 2022

Gambar: Nuha and Naufal (fail)

                Melly Goeslow (Fail)