“Dulu Orang Panggil Saya Bohsia, Sekarang Semua Panggil ASP…” – Salina Saibi

Entertainment
6 Jul 2026 • 11:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Salina Saibi mengakui watak ASP Salina yang dibawanya dalam drama bersiri Gerak Khas sudah begitu sinonim dengan dirinya sehingga orang ramai turut memanggilnya dengan gelaran tersebut di luar set penggambaran.

Menurut Salina, 44, selepas lebih dua dekad bersama drama kepolisan itu, watak berkenaan bukan sahaja melekat dalam ingatan penonton, malah menjadi sebahagian daripada identitinya sebagai pelakon.

Advertisement Salina saibiKosmo Online  

“Sudah 20 tahun saya terlibat dengan drama bersiri Gerak Khas. Tak dinafikan watak ini sudah menjadi sebahagian daripada diri saya.

“Bila saya jumpa orang di luar, mereka panggil saya ‘puan’ — puan nak lapor. Mereka rasa saya ni polis.

“Dulu ketika saya terlibat dengan filem Bohsia mereka panggil saya bohsia,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama Gerak Khas 2.0.

Berkongsi mengenai pembabitannya dalam Gerak Khas 2.0, Salina berkata dia berasa bangga dan terharu kerana masih diberikan kepercayaan oleh penerbit Datuk Yusof Haslam untuk meneruskan watak ASP Salina.

Katanya, dia juga merupakan antara pelakon yang paling lama bersama siri ikonik tersebut.

“Saya berbangga dan terharu Datuk Yusof masih lagi mempercayai saya untuk membawa watak ASP Salina. Saya antara pelakon Gerak Khas yang paling lama.

“Sebenarnya saya memang tak sangka saya akan terlibat dengan drama Gerak Khas. Saya memang minat dengan drama ini dulu waktu dilakonkan oleh Abby Abadi dan Datuk AC Mizal.

Selain Salina, Gerak Khas 2.0 turut dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Erra Fazira, Datuk Hans Isaac, Anding dan Fezrol Khan.

Drama bersiri itu kini bersiaran di saluran TVS 122 pada setiap Jumaat, jam 8.30 malam, bermula 3 Julai 2026.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zizi Kirana2026-07-06 10:25:19

Zizi Kirana Tak Menyesal Kahwin Dengan Yusuf Bahrin - "Saya Ambil Masa Setahun Untuk.."

The post “Dulu Orang Panggil Saya Bohsia, Sekarang Semua Panggil ASP…” – Salina Saibi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved