“Dulu P Ramlee Yang Cari Musang Berjanggut, Sekarang Rakyat Malaysia” – Salima Habibi

LocalEntertainment
31 Jul 2026 • 10:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Misteri mengenai identiti pemilik akaun Threads menggunakan nama Musang Berjanggut terus menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet sejak kebelakangan ini.

Isu tersebut turut mendapat perhatian penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia, Salima Habibi yang tampil berseloroh dengan mengaitkannya dengan filem klasik lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang menggunakan tajuk sama.

Advertisement

Salma habibi

Menerusi satu hantaran di media sosial, Salima menyifatkan situasi yang berlaku ketika ini seolah-olah mengimbau semula jalan cerita filem berkenaan.

“Macam dejavu… dulu P. Ramlee kena cari Musang Berjanggut, sekarang orang Malaysia pun kena cari Musang Berjanggut.

“Kalau dalam dialog P. Ramlee, Tok Nujum kata lelaki yang boleh cari siapa Musang Berjanggut sebab Musang Berjanggut takut dengan perempuan. Semoga dipermudahkan untuk semua.”

“Kami Nak Tahu Siapa Musang Berjanggut, Nampak Berani Sangat” – Amira Othman Dan Fattah Amin Tak Tarik Balik Laporan

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gurauan tersebut. Malah, ada juga yang mengimbau semula babak ikonik daripada filem Musang Berjanggut yang masih segar dalam ingatan.

Sebelum ini, penyanyi Amira Othman menegaskan bahawa dia bersama suaminya, Fattah Amin tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap pemilik akaun Threads dikenali sebagai Musang Berjanggut, yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Dulu P Ramlee Yang Cari Musang Berjanggut, Sekarang Rakyat Malaysia” – Salima Habibi2026-07-29 14:06:57

"Kami Nak Tahu Siapa Musang Berjanggut, Nampak Berani Sangat" - Amira Othman Dan Fattah Amin Tak Tarik Balik Laporan

The post “Dulu P Ramlee Yang Cari Musang Berjanggut, Sekarang Rakyat Malaysia” – Salima Habibi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved