“Kami Nak Tahu Siapa Musang Berjanggut, Nampak Berani Sangat” – Amira Othman Dan Fattah Amin Tak Tarik Balik Laporan

LocalEntertainment
29 Jul 2026 • 2:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pasangan selebriti, Amira Othman dan Fattah Amin menegaskan mereka tidak akan menarik balik laporan yang dibuat terhadap individu di sebalik akaun media sosial ‘Musang Berjanggut’.

Menerusi perkongsian di Threads, Amira memaklumkan tindakan itu diambil bagi mengenal pasti identiti sebenar pemilik akaun berkenaan yang didakwa menyebarkan pelbagai kenyataan tidak benar.

Advertisement

j Image from: “Kami Nak Tahu Siapa Musang Berjanggut, Nampak Berani Sangat” – Amira Othman Dan Fattah Amin Tak Tarik Balik Laporan

“Kami tidak akan menarik laporan sebab kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak sangat berani berselindung di sebalik akaun palsu.

“Bercakap perkara-perkara tidak elok. Saya baca pun seram. Tak takut ke pada Allah?”

Dalam masa sama, Amira berkata mereka turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bagi membincangkan usaha menangani isu buli siber yang disifatkan semakin membimbangkan.

Menurut Amira, respons yang diterima daripada pihak berkaitan juga agak mengecewakan apabila mereka hanya dinasihatkan supaya tidak membaca atau melayan komen-komen negatif.

View this post on Instagram

“Hujung-hujung mereka cakap jangan baca sahaja. Kami kalau tak baca dan tak respons pun rasanya akan menjadi semakin melampau.

“Takut akan memudaratkan mental dan emosi sesiapa sahaja yang kena.”

Pada masa sama, Amira berharap isu buli siber dapat diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa agar mekanisme yang lebih berkesan dapat diwujudkan.

Terdahulu, Fattah Amin tampil bersuara selepas mendakwa sebuah akaun di Threads telah menyebarkan pelbagai fitnah dan tuduhan melampau terhadap dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Kami Nak Tahu Siapa Musang Berjanggut, Nampak Berani Sangat” – Amira Othman Dan Fattah Amin Tak Tarik Balik Laporan2026-07-29 12:01:13

"Saya Nak 'Clear' Nama Saya" - Bekas Suami Zahnita Muat Naik Perintah Mahkamah Syariah, Dakwa Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak

The post “Kami Nak Tahu Siapa Musang Berjanggut, Nampak Berani Sangat” – Amira Othman Dan Fattah Amin Tak Tarik Balik Laporan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved