Dulu Pelik Kenapa Orang Sambung Belajar, Kini Janna Nick Makin Dahagakan Ilmu - "Ia Sangat Ketagih”

26 Oct 2026 • 8:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Dulu Pelik Kenapa Orang Sambung Belajar, Kini Janna Nick Makin Dahagakan Ilmu -  "Ia Sangat Ketagih”

Pelakon Janna Nick mengakui dirinya kini semakin mendambakan ilmu pengetahuan.Menerusi perkongsian di Threads, Janna berkata pada awalnya, dia berasa pelik melihat ramai individu memilih untuk menyambung pelajaran selepas tamat belajar.“Di umur ini, saya sedar yang semakin banyak saya belajar, semakin banyak saya mahukan pengetahuan.“Dulu saya pelik, kenapa orang lepas habis belajar, masih nak sambung belajar lagi,” tulisnya.Namun, Janna kini memahami perasaan tersebut apabila menyedari proses menuntut ilmu boleh membuatkan seseorang ingin terus belajar.“Rupanya, belajar ini sangat ketagih. Lagi banyak awak tahu, lagi banyak awak nak belajar,” ujarnya.Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang turut bersetuju bahawa ilmu itu tidak pernah habis untuk dipelajari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved