Dulu penghantar barang, kini mengecat kapal terbang! Perjalanan pelatih GiatMara Kuala Langat ini buat ramai kagum

23 Jun 2025 • 4:54 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Tahniah Adib Fitri. Anda sudah buktikan bahawa kejayaan itu milik mereka yang berusaha tanpa henti.

Jika dahulu, dia hanya bekerja sebagai penghantar barang demi mencari rezeki harian, namun hari ini, Muhammad Adib Fitri Hasim telah melangkah jauh ke dunia yang tidak pernah dibayangkannya iaitu dunia pengecatan pesawat.

Sebenarnya, kisah anak muda ini penuh dengan rintangan dan kesulitan hidup.

Namun segalanya berubah apabila dia nekad ingin memperbaiki nasib diri dan keluarga.

Menurut perkongsian GIATMARA Malaysia di laman Facebook, langkah pertama yang diambil Adib Fitri adalah menyertai GiatMara Kuala Langat, Selangor dengan mengikuti Kursus Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan (Sesi 1/2023).

"Sepanjang pengajian, Adib Fitri mempelajari teknik mengecat dan membaiki kenderaan. Dia juga diasuh dalam aspek disiplin kerja, profesionalisme dan nilai keikhlasan hasil bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, Mohd Adham Samsudin.

"Hasil usaha dan ketekunannya, Adib Fitri berjaya menamatkan kursus dan meraih Sijil Terampil Tahap 2 dalam Penyemburan Cat Automotif iaitu satu pencapaian membanggakan untuk dirinya yang bermula dari bawah," kongsi mereka.

image is not available

Selepas tamat latihan di GiatMara, Adib Fitri menjalani latihan industri di Sir Ventures Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat terkemuka dalam penyelenggaraan dan pengecatan pesawat.

"Bermula dari kerja asas, pelatih ini membuktikan kebolehannya sehingga diberi peluang mencuba tugasan lebih kompleks termasuk menyembur cat khas pada permukaan helikopter dan kapal terbang.

"Hari ini, dia telah diserap sebagai tenaga kerja tetap dalam bidang Aviation Aircraft Painting iaitu satu bidang yang jauh dari jangkauan ramai apatah lagi dalam kalangan lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," catat hantaran itu.

image is not available

 

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved