Dulu Penyanyi Solo Popular, Netizen Terkejut Lihat Album Terbaru Ailee Terjual Hanya 120 Salinan Dalam Seminggu

EntertainmentMusic
28 Mar 2025 • 10:49 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun dikenali sebagai antara penyanyi solo wanita paling popular di Korea, Ailee nampaknya gagal mengekalkan popularitinya?

Baru-baru ini, Ailee telah kembali menghiburkan peminat dengan album mini ke-7 yang diberi nama ‘(Me)moir’. Bagaimanapun, ramai terkejut melihat jualan albumnya pada minggu pertama keluaran.

Menurut carta Hanteo, wanita itu hanya berjaya menjual sebanyak 120 salinan pada minggu pertama, dengan kurang dari 10 album terjual dalam kebanyakan hari.

Sebagai respon, ramai netizen telah memberikan sokongan kepada Ailee, dengan berkongsi bahawa mereka terus membeli album terbaru wanita itu, sebagai penghargaan kepada bakat artis tersebut.

Dalam pada itu, ada juga yang berharap agar agensi akan lebih aktif dan komited dalam mempromosikan comeback artis mereka, kerana mungkin ramai yang tidak tahu tentang kemunculan semua Ailee.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.