“Dulu Saya Benci Dia Tapi..” – Peminat ‘Running Man’ Ulas Kebaikan Song Jihyo Di Singapura

Music
7 Nov 2023 • 2:10 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Tak semua orang akan menyukai apa sahaja yang kita lakukan..

Terbaru, kesemua ahli “Running Man” dilihat menjalani penggambaran di Singapura buat pertama kali selepas Jeon So-min meninggalkan rancangan itu.

Semasa berlari ke sana dan sini bagi menyelesaikan misi, rata-rata mereka terutamanya Song Ji-hyo terus melayan peminat dengan baik selain mencuba sedaya upaya untuk berinteraksi dengan orang tempatan.

Disebabkan oleh itu, ramai yang memuji usahanya malah ada seorang peminat rancangan berkenaan mengakui bahawa persepsinya terhadap pelakon wanita itu berubah kini meskipun pernah mengkritiknya dahulu.

Tulisnya,

Saya mengakui bahawa saya merupakan antara yang mengutuk prestasinya yang kurang memuaskan di ‘Running Man’ sebelum ini tapi selepas berjumpa kesemua ahli hari ini, saya mengubah perspektif dan menjadi peminatnya.

Selain memuji penampilan kesemua ahli yang kelihatan lebih baik secara berhadapan, individu ini menjelaskan mengapa kelakuan Song Ji-hyo meninggalkan kesan buatnya,

Ji-hyo mengambil masa untuk berbual dengan kakitangan restoran selain bermain-main dengan menghidu kesemua bekas herba dan berinteraksi dengan mereka. Saya merasakan dia baik dan tidak nampak seperti dia berpura-pura pun.

Dalam pada itu, individu itu juga mendedahkan yang Song Ji-hyo mencuba sebaik mungkin bagi melayan peminat di sekeliling. Malah dia juga mengakui bahawa prestasi pelakon wanita itu semakin membaik kini dan berharap agar Song Ji-hyo tampil lebih yakin.

Sebab itu, ramai yang katuh cinta dengannya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.