Tanpa Jeon Somin, ‘Running Man’ Dilihat Jalani Penggambaran Di Singapura

5 Nov 2023 • 11:11 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Makin tak sabar nak tonton episod “Running Man” akan datang!

Terbaru, ahli iaitu Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Song Ji-hyo, Kim Jong-kook, Haha dan Yang Se-chan telah ‘terbang’ ke Singapura, bagi menjalani penggambaran “Running Man” di situ.

Memandangkan mereka sudah lama tidak melakukan misi di luar negara, penonton semakin teruja untuk menonton episod itu nanti.

Selain itu, menerusi beberapa foto dan video yang dikongsi peminat, episod tersebut juga akan menampilkan tetamu seperti Shin Ye-eun dan Hong Jin-ho.

Namun ada yang juga meluahkan rasa sedih kerana ini juga merupakan episod pertama “Running Man” tanpa Jeon So-min.

Sama-sama kita nantikan tayangan episod ini nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.