Keputusan pelakon Azhar Sulaiman menghantar anaknya, Kasih Iris Leona, melanjutkan pengajian ke United Kingdom terbukti memberi kesan positif apabila Leona kini menunjukkan perubahan ketara dalam cara mengurus kehidupannya.
Leona, 23, yang kini menuntut di University of Bath, sering berkongsi rutin hariannya di TikTok, termasuk memasak pelbagai juadah dan mengemas kediaman. Tindakannya itu meraih pujian netizen yang kagum melihat kemahiran serta tahap kematangannya yang semakin meningkat.
Ramai berpendapat Leona kini lebih berdikari. Jika dahulu kurang cekap di dapur, kini dia mampu menyediakan pelbagai hidangan, malah turut menjaga kebersihan rumah termasuk mencuci tandas, memvakum dan mengemas dapur serta bilik tidur. Netizen turut menyifatkannya sebagai contoh wanita moden yang seimbang antara kecantikan, kepintaran dan nilai diri.
- Tiga kali kereta diceroboh, pemilik kereta pertikai keselamatan kondo
- Mark Zuckerberg dakwa TikTok ancaman besar kepada Meta
- Siti Nurhaliza, Aina Abdul buat persembahan ikonik sambut Presiden Xi Jinping
- China perli impian Amerika nak rampas kerja kilang mereka
- Persembahan bersama artis di sambutan Hari Raya dikecam
Leona sendiri mengakui dia perlu mengurus segalanya tanpa bantuan orang lain memandangkan tinggal berjauhan daripada keluarga. Kehidupan berdikari yang dilaluinya di luar negara memerlukan disiplin dan tanggungjawab terhadap diri dan kediaman.
“Ramai orang selalu komen cakap wow rajin sangat, adakah saya mempunyai pilihan lain?
“Kalau saya tidak bersihkan rumah sendiri, siapa yang akan buat? Saya tidak boleh kotor-kotor,” katanya.
Leona dan kembarnya, Andika Rees, memulakan pengajian di UK sejak September 2022.
Azhar pernah menyatakan dalam satu temu bual bersama mStar Online bahawa, dia tidak terlalu berat hati melepaskan anak-anak belajar di luar negara kerana sudah biasa dengan suasana hidup berdikari ketika melancong. Namun begitu, dia tetap berharap Leona dapat memanfaatkan peluang ini untuk menjadi individu yang lebih matang dan bertanggungjawab.
The post Dulu tak reti goreng telur, sekarang Leona pandai masak dan urus rumah di UK appeared first on The Reporter.

