Dulu terbiar, kini tuai hasil! Rafizi Ramli kongsi video ladang cili bawah pencawang TNB tengah kota

LocalBusiness & Finance
11 Mar 2025 • 4:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Ekonomi, Dato’ Seri Rafizi Ramli kongsi video ladang cili di bawah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) tengah kota sehingga mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian beliau di Facebook, Rafizi mendedahkan bahawa terdapat ladang cili di tengah-tengah bandar iaitu terletak di Pelangi Damansara.

Rafizi Ramli kongsi video ladang cili bawah pencawang TNB

Apa yang menariknya, lokasi ladang berkenaan merupakan tanah terbiar pencawang TNB ang diusahakan menerusi program Inisiatif Pendapatan Rakyat – Inisiatif Usahawan Tani (IPR INTAN).

Difahamkan, hasil tuaian untuk musim pertama kali ini dijangka mencecah 40 tan, bersamaan RM280,000 dan pastinya ia cukup memberangsangkan serta memberi manfaat kepada para peserta.

image is not available
Rafizi Ramli kongsi video cili yang bakal dituai mencapai 40 tan

Jelas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, hasil tuaian cili berkenaan telah dihantar di Pasar Borong Selangor dan juga Jualan Ehsan Rahmah.

Dalam pada itu, para peserta yang terlibat dalam program terbabit adalah golongan B40 dan miskin sekitar Damansara di mana mereka bertanggungjawab mengusahakan ladang cili ini dengan 0.5 ekar setiap seorang serta diberi gaji bulanan RM2,100.

image is not available

Idea mendapat respon positif dari netizen

Perkara tersebut mendapat respon positif daripada netizen di media sosial apabila merasakan inisiati ini dapat membantu ekonomi rakyat terutama golongan B40.

image is not available

Terus membantu golongan B40 dari segi ekonomi

image is not available

Banyak peluang pekerjaan boleh diwujudkan

image is not available

Sekadar info, Program IPR-INTAN ini dirangka bertujuan untuk mencapat objektif strategik dalam menyokong agenda keterjaminan makanan, melahirkan tenaga mahir dalam pertanian moden dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Sumber: Facebook