Sebelum ini, Kementerian Eknomi melalui di bawah program IPR INTAN telah berjaya mengusahakan tanaman cili di tanah terbiar berkeluasan 20 ekar di Putrajaya. Tanah berkenaan pada mulanya dalam perancangan untuk dijadikan sebagai depot monorel Putrajaya, namun sudah dibiarkan selama 15 tahun.
Kata orang, berbudi pada tanah akan menampakkan hasil. Buktinya, pada musim pertama lalu sudah dapat menghasilkan 40 tan cili bersamaan RM480,000.
Satu lagi pencapaian yang dibanggakan oleh peserta IPR apabila dapat mengusahakan sebuah lagi ladang cili di tengah-tengah bandar di Pelangi Damansara.
Menerusi perkongsian Menteri Ekonomi, Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli di jaringan X, ladang berkenaan juga merupakan tanah terbiar pencawang TNB.
“Dari tanah terbiar, baik lagi usaha kan. 10 minit saja dari IKEA Mutiara Damansara.
“Sekarang peserta IPR INTAN tengah tuai untuk musim pertama. Insya-Allah sampai target 40 tan cili,” katanya.
Menurutnya lagi, cili yang dijual di Pasar Borong Selayang merupakan hasil cili yang dituai di ladang berkenaan.
“Kalau ada yang beli dekat Pasar Borong Selangor dengan Jualan Ehsan Rahmah, dekat sinilah cili ni datang,” katanya.
Seperti di Putrajaya juga, ladang berkenaan menggunakan sistem fertigasi dimana sistem ini akan menjalankan fungsi untuk menyiram dan membaja pokok.
The post Ladang cili diusahakan di tanah terbiar, peserta IPR bakal tuai hasil 40 tan cili appeared first on .





