Dulu Terkenal Jadi Port Lepak Anak Muda, Hock Lee Centre Kini Suram Tanpa Pengunjung

3 Mar 2023 • 11:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port legend anak muda suatu ketika dahulu

Dulu Terkenal Jadi Port Lepak Anak Muda, Hock Lee Centre Kini Suram Tanpa Pengunjung. Hock Lee Centre adalah sebuah pusat membeli-belah di Kuching yang pernah popular sebagai port lepak anak muda suatu ketika dahulu. Namun, kini, keadaannya dikatakan berbeza dimana pusat beli-belah tersebut sunyi tanpa pengunjung menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok.

Dahulu, pusat beli-belah Hock Lee Centre ini merupakan salah satu pusat beli-belah paling terkenal di Kuching dengan aneka kedai yang menjual pakaian, makanan, elektronik dan banyak lagi. Selain itu, Hock Lee Centre ini juga mempunyai beberapa pusat hiburan seperti pusat permainan arked, karaoke dan sebagainya.

image is not available
Dulu Terkenal Jadi Port Lepak Anak Muda, Hock Lee Centre Kini Suram Tanpa Pengunjung. Kredit: Google

Tarikan di sini adalah pusat video games!

Satu faktor yang menyebabkan anak muda kerap berkumpul di Hock Lee Centre dahulu adalah kerana terdapat pusat permainan video game yang lengkap di situ. Pusat permainan ini menawarkan pelbagai jenis permainan video game yang menarik dan menyeronokkan sehingga menarik minat banyak anak muda untuk datang ke sini.

image is not available

Namun, zaman kegemilangan pusat beli-belah itu hanya tinggal kenangan. Semenjak, pusat permainan video arked itu ditutup, Hock Lee Centre kini sepi tanpa pengunjung. Disebabkan tiada lagi tarikan di situ, akhirnya satu persatu kedai di situ terpaksa ditutup.

Ini reaksi netizen

Difahamkan, menerusi video yang dikongsi oleh pengguna tiktok itu, beliau memaklumkan hanya kedai alat muzik dan kedai makan yang masih bertapak di situ.

@captain.ituudiaaa

Dah xda apa gik kat Hocklee / Smart tok.. Tinggal kedei makan & kedei gitar yg setia kt atas ya. Okaseh banyak kenangan ctok dolok #hzwnnrzlii #ituudiaaa #sarawaktiktok #sarawakian #kuchingites #foryou #fyyy

♬ Kiranya Kau Mendengar Ketika Ini – Jay Jay

Tambah netizen, mereka pun tertanya-tanya bilakah kali terakhir mereka berkunjung ke situ. Mana tidaknya, Hock Lee Centre yang tiada lagi tarikan kini menjadikan orang ramai lebih memilih membeli-belah di tempat lain.

image is not available

Bahkan, ramai juga berkongsi Hock Lee Centre lah yang menjadi pusat tumpuan mereka dahulu sebelum wujudnya pusat beli-belah yang lebih moden dan gah.

image is not available

Kenali lagi port legend di Kuching: