Port Dickson Lengang Kerana Pengunjung Tak Selesa Dengan Deretan Khemah Biru?

Entertainment
1 Mar 2023 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pantai peranginan Port Dickson antara lokasi yang menjadi kegemaran untuk dilawati ketika musim cuti sekolah, mungkin kerana jaraknya dengan Lembah Klang tidak begitu jauh.

Namun, baru-baru ini dikatakan Port Dickson semakin lengang dan suram kerana ketiadaan pengunjung.

Dalam thread di Twitter oleh Sinar Harian, difahamkan isu berkenaan timbul apabila terdapat segelintir pengunjung yang merungut bahwa mereka tidak selesa dengan deretan khemah sewa yang diletakkan di persisiran pantai.

“Khemah-khemah itu dikatakan mengganggu pengunjung untuk bersantai bersama ahli keluarga masing-masing,” tulisnya.

“Dah serupa kenduri kahwin”

Melihat ruangan replies di thread tersebut, rata-rata pengunjung yang pernah beriadah di sana amat hampa dengan keadaan pantai peranginan tersebut, malah ramai juga yang mengatakan barangan riadah seperti khemah dan banana boat sangat mahal sehingga tidak masuk akal.

Ada juga yang memberitahu, tiada tempat untuk mereka membentangkan tikar untuk berkelah kerana semua ruang telah diambil oleh penjaja khemah biru tersebut.

image is not available

Hmm, potong mood nak bersantai kalau macam ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.