Dulu Viral Makan Kentang Goreng Berdua, Ammar Nazhan & Kekasih Selamat Bertunang

EntertainmentLifestyle
5 Apr 2026 • 4:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor.

Sedondon tema matcha strawberi

Menerusi perkongsian di TikTok, Ammar dilihat hadir bersama keluarga di majlis pertunangan dengan mengenakan baju berwarna merah jambu.

“Akhirnya tak sabar untuk ke fasa setersunya. Am dah jadi tunang orang dah,” tulisnya ringkas.
@amnazhan

Part 2 – Akhirnya am tak sabar untuk next stage ! . Am dah jadi tunang orang dah @Elya Maisara @Princess House by Diva

♬ Masa ini, Nanti, dan Masa Indah Lainnya – Nuca

Nafi sekadar konten

Dalam pada itu, memetik laporan daripada mStar, Ammar menafikan dakwaan segelintir netizen yang menyifatkan majlis tersebut sebagai konten semata-mata.

“Saya bawa keluarga tu, bukan konten. Ini perkara serius. Kami dah selamat bertunang pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Di pihak lelaki kami beri tiga hantaran dan berbalas lima hantaran oleh pihak wanita,” katanya.

Image from: Dulu Viral Makan Kentang Goreng Berdua, Ammar Nazhan & Kekasih Selamat Bertunang

Ammar, 30, turut mengakui dia dan Elya, 27, sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dalam tempoh terdekat, namun tarikh rasmi masih dirahsiakan.

Pertunangan ini susulan keluarga Ammar merisik Elya secara tertutup pada Disember lalu.

 Image from: Dulu Viral Makan Kentang Goreng Berdua, Ammar Nazhan & Kekasih Selamat Bertunang

Pasangan ini, pernah mencetuskan kontroversi pada 2023 melalui video mukbang makan kentang goreng yang tular, dan dia telah memohon maaf atas kejadian tersebut.

Sumber: TikTok amnazhan, mStar 

The post Dulu Viral Makan Kentang Goreng Berdua, Ammar Nazhan & Kekasih Selamat Bertunang appeared first on Borak Daily.

View Original Article