DUN Johor bertafakur, hormati pemergian Ustaz Hamdi yang maut nahas

LocalPolitics
27 Nov 2026 • 9:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: DUN Johor bertafakur, hormati pemergian Ustaz Hamdi yang maut nahas
Laporan Sinar Harian pada 26 November 2026.

ISKANDAR PUTERI – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bertafakur seketika bagi memberi penghormatan kepada Ustaz Hamdi Abdul Razab yang meninggal dunia selepas kenderaan dipandunya dipercayai terbabas ke dalam sungai di kawasan Ladang Mados, Segamat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) beragama Islam membaca surah al-Fatihah, manakala wakil rakyat bukan Islam turut bertafakur sebelum beliau menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan DUN Johor.

Beliau berkata, walaupun Allahyarham bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) di Segamat, arwah turut berkhidmat sebagai guru takmir yang menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat setempat.

“Bagi urusan kebajikan Allahyarham, difahamkan pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut terbabit, manakala bantuan lain akan diselaraskan menerusi Kadi Daerah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail, berkata pihaknya menerima maklumat pada jam 7 pagi Khamis, mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas ke dalam sungai berkenaan.

"Hasil siasatan awal mendapati Perodua Axia dipandu mangsa sedang dalam perjalanan dari Ladang Mados menuju ke Segamat sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam anak Sungai Kapeh.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat lemas," katanya ketika dihubungi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved