DUN Kelantan: Hukuman lebih berat lombong emas haram

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 10:53 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: DUN Kelantan: Hukuman lebih berat lombong emas haram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan sedang mempertimbang hukuman lebih berat terhadap pihak yang terbabit dalam kegiatan perlombongan emas haram khususnya melibatkan kesalahan berulang.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadhli Hassan berkata, perbincangan dengan pihak berkuasa termasuk ketua polis daerah telah dilakukan dalam memperketat penguatkuasaan terhadap kegiatan berkenaan.

Katanya, langkah itu antara usaha kerajaan negeri susulan operasi membanteras kegiatan perlombongan emas haram di Gua Musang, Julai lalu yang menyaksikan jentera berat bernilai RM4.2 juta dirampas.

“Siasatan polis turut dibuka bagi mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kegiatan tersebut termasuk mereka yang berkemungkinan menjadi dalang, pemodal atau pihak yang menyediakan jentera,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dari Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim semasa Sidang DUN Kelantan di sini, hari ini.

Mohamed Fadhli berkata, kerajaan belum boleh mendedahkan nama mana-mana individu yang dikenal pasti kerana siasatan masih dijalankan.

Katanya, kerajaan terbuka menerima sebarang maklumat daripada wakil rakyat atau pihak lain bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut, ADUN Temangan itu berkata, berdasarkan rekod bagi tahun lalu sehingga Jun 2026, sebanyak 77 operasi penguatkuasaan dijalankan. 

Kataya, daripada jumlah itu, sebanyak 63 Kertas Siasatan (IP) dibuka dan diserahkan kepada Unit Pendakwaan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan untuk tindakan mahkamah.

“Antara kawasan panas melibatkan aktiviti perlombongan haram yang dikenal pasti adalah Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, dan Tanah Merah,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

The post DUN Kelantan: Hukuman lebih berat lombong emas haram appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved