DUN Melaka Dijangka Dibubar Hari Ini

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 3:42 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: DUN Melaka Dijangka Dibubar Hari Ini

MELAKA, 22 Sept (Bernama) — Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 2 petang ini di Kompleks Seri Negeri bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Spekulasi berhubung pembubaran DUN itu semakin hangat diperkatakan apabila mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang asalnya diadakan pada Rabu, dijalankan lebih awal pada 12 tengah hari ini.

Difahamkan, Ab Rauf mempengerusikan mesyuarat berkenaan pada 12 tengah hari.

Pejabat Ketua Menteri Melaka turut mengeluarkan jemputan kepada media untuk menghadiri satu sidang media pada 2 petang.

Pada 2021, PRN Melaka menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) lima dan Perikatan Nasional (PN) dua.

Mandat kerajaan negeri semasa dijadual berakhir pada 27 Dis ini.

The post DUN Melaka Dijangka Dibubar Hari Ini appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved