
SHAH ALAM, 5 JULAI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya membelanjakan RM20,000 untuk menubuhkan cawangan pengawal pengiring (CPP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
Wakil rakyatnya Michelle Ng Mei Sze berkata CPP bertujuan mengukuhkan tahap keupayaan polis pada tahanan berisiko tinggi.
“Cawangan dikendalikan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam untuk memastikan keselamatan anggota polis dan masyarakat terus dipelihara.
“Penubuhan CPP juga merupakan satu langkah mengukukuhkan infrastruktur keselamatan di Subang Jaya,” katanya kepada Media Selangor.
Dirasmikan oleh Ahli Parlimen Subang Jaya Wong Chen, beliau berharap penubuhan cawangan dapat membantu mempertingkatkan perkhidmatan polis.
The post DUN Subang Jaya salur RM20,000 tubuh cawangan pengawal pengiring appeared first on Selangorkini.

