DUN Tanjong Sepat agih Sumbangan Mesra Rakyat fasa 1 kepada 28 penerima

18 Apr 2026 • 3:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

DUN Tanjong Sepat agih Sumbangan Mesra Rakyat fasa 1 kepada 28 penerima

SHAH ALAM, 18 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat mengagihkan sumbagan kepada 28 penerima Sumbangan Mesra Rakyat fasa 1, semalam.

Ahli Dewan Negerinya Datuk Borhan Aman Shah berkata sumbangan itu melibatkan sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masjid serta rumah ibadat yang mengemukakan permohonan melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN Tanjong Sepat.

“Seramai 28 penerima telah menerima bantuan dalam bentuk cek dan tunai. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban serta memberi manfaat kepada semua penerima.

“Insya-Allah, usaha menyantuni rakyat akan terus diperkukuh demi kesejahteraan bersama,” kongsinya di Facebook.