“Dunia ini tak layak untuknya” – Bekas Murid Pilu, Kongsi Mesej Nasihat Nur Farah Kartini

Entertainment
17 Jul 2024 • 3:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita kematian wanita yang pada awalnya dilaporkan hilang, Nur Farah Kartini telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia bersedih.

Selain rakan-rakan dan keluarga Nur Farah Kartini yang masih berduka, bekas pelajar yang pernah diajar arwah di sekolah turut merasai pemergiannya.

Menerusi satu video tular di TikTok, pelajar itu berkongsi satu mesej nasihat yang ditulis oleh Nur Farah Kartini.

Dalam perkongsian itu, Farah Kartini menasihati pelajarnya agar jangan berasa takut sekiranya tidak mempunyai ramai kawan.

“Kalau awak takut tiada kawan, cari kawan yang awak boleh percaya. Kalau tiada pun, awak cari kawan yang hanya sekadar kawan bagi awak. Maksunya, bila masa dia ada, adalah tu. Kalau tiada biarkan dia.

“Awak hanya cari circle yang sesuai dengan diri awak sahaja. Orang ini kita tak boleh nilai, sebab manusia cepat berubah.”

image is not available

Dalam hantaran itu juga, pelajar berkenaan berkongsi sekeping foto sedang berpelukan dengan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Guru saya, Cikgu Farah Kartini seorang yang sangat baik. Dunia in tak layak untuknya,” tulisnya di ruangan kapsyen video.

Dalam pada itu, Farah Kartini juga berpesan supaya anak muridnya fokus pada masa hadapan berbanding hal sebegitu.

Menjengah ke ruangan komen, Allahyarham pernah bertugas di sekolah pelajar tersebut ketika dia menjalani praktikal.

Selain itu, rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan rasa sedih walaupun tidak mengenali arwah.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga kes ini diadili dengan sebaiknya..

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.