“Dunia Ini Terlalu Kejam Untukmu Abah” – Anak Mangsa P*kul Di Pasar Tani Luah Isi Hati, Ucap Terima Kasih Pada Yang Ambil Berat

LocalPolitics
19 Jan 2025 • 11:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular satu kejadian yang menyayat hati melibatkan seorang individu OKU yang dipukul dan diseret tanpa belas kasihan.

Menurut Astro Awani, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar telah mengesahkan bahawa tiga lelaki telah ditahan untuk siasatan dan mereka yang ditahan berusia antara 18 tahun hingga 60 tahun.

Baru-baru ini, tular beberapa video daripada anak mangsa di TikTok memaparkan kesedihan dan kesan emosi daripada kejadian itu kepada mangsa.

Menerusi ruangan kapsyen, anaknya seolah-olah cuba untuk memberi gambaran betapa beratnya ujian yang perlu dihadapi oleh keluarganya pada ketika ini.

Rehatlah abah, dunia ini terlalu kejam untukmu.

@nrulfrhana._Rehat la abh dunia terlalu kejam untuk mu ♬ suara asli – Arta mode mj

Menerusi hantaran yang lain, dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan dan menawarkan bantuan kepada keluarganya.

Dia turut berkata bapanya kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Kemaman.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menasihati anak mangsa agar tidak menarik laporan polis yang telah dibuat kerana mereka berpendapat bapanya berhak menuntut keadilan atas kejadian yang telah menimpanya.

image is not available

image is not available

image is not available 2 days ago

Lelaki OKU Diserang Beramai-Ramai Di Pasar Tani, Polis Kini Buru Suspek

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved