“Dunia Kejam Pada Lelaki Miskin, Hidup Takda Kena Mengena, Apa Tu?” – Norreen Bengang Dengan Bekas Suami

Entertainment
20 Jul 2026 • 11:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon dan pelawak, Norreen Iman mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa luahan di Threads.

Menerusi hantaran tersebut, Norreen berkata, selama ini dia banyak berdiam kerana mahu menjaga hubungan baik demi masa depan.

“Jangan cabar aku” – Norreen beri amaran

Namun, dia melihat ada yang sengaja mencuba untuk meraih pujian ramai sedangkan individu itu tahu apa yang berlaku sepanjang perkahwinan.

Walaupun nama tidak disebut, luahan ini dipercayai ditujukan kepada bekas suaminya, Razzi Razak berdasarkan respon balas Norreen di ruangan komen.

norreen

Norreen turut mengakui dirinya bukan manusia sempurna dan tidak pernah mendakwa dirinya bersih daripada kesilapan.

Namun, dia mempersoalkan sikap seseorang yang didakwa sering mahu dilihat sebagai mangsa di mata orang ramai.

norreen

Lebih mencetuskan tanda tanya, Norreen turut membayangkan dia boleh sahaja membuka cerita mengenai individu tersebut.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak berbuat demikian dan hanya memberi amaran ringkas agar tidak dicabar.

norreen iman
norreen iman

Dalam hantaran lain, Norreen meminta agar dirinya dibiarkan menjalani kehidupan dengan tenang bersama insan tersayang.

Katanya, dia kini bahagia dengan ibu, anak-anak serta rezeki yang Allah kurniakan untuk menjaga keluarganya.

Norreen turut menyatakan dia kini memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah buat anak-anaknya.

The post “Dunia Kejam Pada Lelaki Miskin, Hidup Takda Kena Mengena, Apa Tu?” – Norreen Bengang Dengan Bekas Suami appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved