Pelakon Rita Rudaini dilihat bengang selepas satu perkongsian di media sosial mengaitkan kejayaan anaknya, Airit Rayyan Rizqin dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Menerusi perkongsian yang tular, seorang pengguna media sosial mengucapkan tahniah kepada Airit Rayyan selepas remaja itu dikatakan berjaya memecah rekod acara 110 meter lari berpagar di Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026.
Rita Rudaini tegur jangan kaitkan dengan bapa
Apa yang mencuri perhatian, pengguna tersebut turut menyebut nama Aidil Zafuan dan menyatakan kemampuan Airit Rayyan dalam bidang sukan tidak dinafikan diwarisi daripada bakat bapanya sebagai pemain bola sepak negara.
Perkara itu kemudian mendapat reaksi Rita yang seakan-akan kurang senang apabila kejayaan anaknya dikaitkan dengan bekas suami.

Selepas menerima pelbagai reaksi, pengguna media sosial terbabit tampil mempertahankan tindakannya dan mendakwa hantaran itu hanyalah ucapan tahniah kepada seorang bapa atas kejayaan anaknya.
Namun, seorang pengguna lain kemudian menegur tindakan tersebut kerana merasakan nama bapa Airit Rayyan tidak sepatutnya dipetik dalam konteks kejayaan berkenaan.
Tidak lama selepas itu, pengguna berkenaan membalas dengan mendakwa Aidil memberi nafkah sebanyak RM3,000 setiap bulan.
Rita kemudian sekali lagi membalas kenyataan tersebut dengan mendakwa masih ada isu nafkah tertunggak yang belum selesai.


Setakat ini, perkongsian berkenaan terus menerima perhatian ramai apabila ada yang menyebelahi Rita.
Pssttt! Apa pun, pencapaian Airit Rayyan dalam acara 110 meter lari berpagar tetap sesuatu yang membanggakan dan wajar diraikan dengan cara yang baik. Semoga isu ini tidak menenggelamkan kejayaan sebenar remaja tersebut yang sudah membuktikan bakatnya dalam bidang olahraga.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.





