“Durian atau Nanas?” – Rupanya Malaysia Masih Belum Ada Buah Kebangsaan?

28 Jul 2026 • 3:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

durian nanas buah kebangsaan malaysia

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran ramai, daripada durian yang digelar ‘raja buah’ hinggalah nanas yang mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.

Ada yang mengatakan bahawa buah kebangsaan kita ialah buah betik, hakikatnya, belum ada maklumat rasmi mengenai buah kebangsaan Malaysia.

Menurut laporan, sehingga kini belum ada sebarang pengiktirafan rasmi terhadap mana-mana buah sebagai buah kebangsaan Malaysia, berbeza dengan beberapa negara lain yang telah pun menetapkan identiti buah negara masing-masing sebagai sebahagian daripada penjenamaan nasional.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) setakat ini menerima cadangan daripada Persatuan Pengilang Durian serta Lembaga Perindustrian Nanas untuk mengangkat nanas sebagai buah kebangsaan.

download

Cadang buat bancian

Bagaimanapun, beliau menjelaskan terdapat lebih daripada satu cadangan yang dikemukakan, justeru pemilihan tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya.

Sebaliknya, KPKM mencadangkan supaya Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjalankan bancian di peringkat nasional bagi mendapatkan pandangan rakyat mengenai buah yang paling sesuai mewakili Malaysia.

Menurutnya, langkah itu selaras dengan pendekatan kerajaan yang mengutamakan dasar berasaskan bukti (evidence-based policy making), sekali gus memastikan keputusan yang dibuat benar-benar mencerminkan kehendak rakyat.

Katanya lagi, keputusan akhir hanya akan diputuskan selepas mengambil kira hasil bancian DOSM dan pertimbangan Jemaah Menteri.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved