Durian Boleh Dibekukan, Ini Cara Simpan Betul Untuk Tahan Lebih Lama

FoodCooking
24 Jun 2026 • 9:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Durian Boleh Dibekukan, Ini Cara Simpan Betul Untuk Tahan Lebih Lama

Durian Boleh Dibekukan, Ini Cara Simpan Betul Untuk Tahan Lebih Lama

Orang ramai disaran menyimpan isi durian di dalam peti sejuk beku bagi memanjangkan tempoh simpanan, terutama ketika musim durian dijual pada harga lebih murah.

Menerusi perkongsian di Facebook, Public Health Malaysia (PHM) memaklumkan kaedah pembekuan yang betul penting bagi memastikan kualiti buah itu kekal terjaga selain selamat untuk dimakan.

Menurut PHM, isi durian perlu dikeluarkan daripada kulit terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Baca juga:

Katanya, penyimpanan dalam bahagian kecil juga digalakkan bagi memudahkan penggunaan pada masa akan datang.

“Bekas simpanan disarankan dilabel dengan tarikh sebelum disimpan dalam peti sejuk beku pada suhu sekitar -18 darjah Celsius.

“Untuk mendapatkan rasa terbaik, durian beku sebaiknya dimakan dalam tempoh satu hingga dua bulan,” katanya.

PHM turut menjelaskan, apabila mahu dimakan, isi durian perlu dinyahbeku terlebih dahulu di ruang chiller peti sejuk dan tidak dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik.

Menurutnya, isi durian yang sudah dinyahbeku juga tidak digalakkan untuk dibekukan semula bagi mengelakkan risiko pencemaran makanan.

Selain membantu memanjangkan tempoh simpanan, kaedah itu juga dapat mengurangkan pembaziran makanan dan memudahkan penyediaan pelbagai hidangan berasaskan durian seperti pengat, crepe dan ais krim.

Dalam masa sama, PHM mengingatkan orang ramai supaya lebih peka terhadap tanda-tanda kerosakan pada isi durian.

Antaranya termasuk bau masam yang luar biasa, tekstur berlendir, berbuih, berkulat atau perubahan rasa yang boleh menjejaskan kesihatan jika dimakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved