Durian + Kopi, Pesakit Rebah Di Pintu Klinik! Dr. Samhan Kongsi Punca Keracunan Ringan

15 Jul 2024 • 8:01 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang pesakit rebah di pintu sebuah klinik kerana mengalami pening, rasa mual akibat pengambilan kopi selepas menikmati durian.

Perkara itu dikongsikan pengasas Forhimclinic, Dr Ahmad Samhan Awang menerusi aplikasi X.

Ujarnya, pesakit lelaki berkenaan kemudiannya masuk ke bilik konsultasi dalam keadaan mabuk, terhuyung-hayang, wajah yang pucat dan dihujani peluh di dahi.

Menurut Dr Ahmad Samhan, pesakit berkenaan memberitahu dia meminum air kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk selepas menikmati durian pada tengah hari.

Beliau berkata, gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan badan berasa tak selesa dan ia dinamakan sebagai intoxication atau keracunan ringan.

"Durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat manakala kopi ada kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.

"Gabungan keduanya boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan kita," katanya.