
Buat penggemar durian, mereka sanggup membelanjakan ratusan ringgit, bahkan ribuan ringgit untuk mendapatkan durian dengan isi yang enak. Harga durian akan menjadi mahal berdasarkan jenis durian itu sendiri, di samping bergantung kepada permintaan pasaran.
Di China, seorang lelaki membelanjakan sekitar RMB 388,888 (RM329,218.05) untuk sebiji durian seberat 6.91 kilogram (kg). Durian tersebut diperoleh selepas lelaki itu memenangi satu acara lelongan di Sanya, Hainan di China.
Menurut sumber, ini adalah kali pertama durian yang ditanam di bandar Sanya dijual kepada orang ramai. Pada permulaan acara lelongan, durian tersebut dijual pada harga pembukaan RMB888 (RM565.66).
Acara lelongan tersebut semakin meriah apabila seorang lelaki embida sebanyak RMB10,000 (RM6,370.05) untuk mendapat durian tersebut. Bagaimanapun, banyak bidaan baru diberikan sehingga mencecah RMB30,000 (RM19,110.14) dan RMB300,000 (RM190,936.14).
Dilaporkan, pihak penganjur terkejut dengan acara lelongan tersebut yang mendapat sokongan menggalakkan daripada orang ramai. Pihak penganjur turut sempat mengucapkan terima kasih kepada para pembida kerana sudi membelanjakan wang mereka.
Durian tersebut akhirnya dimenangi oleh seorang lelaki yang menawarkan RMB388,888 (RM247,509.25). Orang ramai dilaporkan bersorak selepas lelaki tersebut memenangi acara lelongan itu.
Kredit: Mothership
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
