DXOMark letak Xiaomi 13 Ultra di tangga ke-14, dibelakang iPhone 13 Pro

Digital
9 Jun 2023 • 12:35 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

DXOMark telah menerbitkan hasil penilaian mereka terhadap kamera Xiaomi 13 Ultra. Skor keseluruhan yang diberikan pada telefon ini adalah 140 lantas meletakkannya di tangga ke 14 dalam senarai global dan berkongsi kedudukan dengan Google Pixel 7, Samsung Galaxy S23 Ultra, dan Vivo X90 Pro+. Skor tersebut juga 1 mata lebih rendah berbanding iPhone 13 Pro & 13 Pro Max.

image is not available

Berikut adalah rumusan daripada ujian yang telah dijalankan ke atas kamera Xiaomi 13 Ultra. Mereka melaporkkan yang kamera Xiaomi 13 Ultra memiliki julat dinamik yang baik dalam mode gambar walaupun ada sedikit pantulan dalaman lensa dicerap dalam gambar di bawah cahaya terik. Kecemerlangan yang sama ditonjolkan pada gambar malam.

Selain julat dinamik yang luas, mereka juga mendapati white balance kamera telefon ini menyamai kedaan sebenar.

image is not available

image is not available

Untuk kategori zum, Xiaomi 13 Ultra dilapor konsistem merentasi zum ia tidaklah bermakna gambar yang baik kerana dalam keadaan tertentu, hingar yang ketara wujud dalam gambar terutamanya pada gambar malam.

image is not available

Sewaktu merakam video, DXOMark mendapati yang sistem pemfokusannya membidik dengan tepat subjek untuk pastikan ia kekal berada dalam medan fokus. Itu cerita tentang kelebihan. Kelemahan juga ada disenaraikan. Yang pertama adalah ia tidak konsisten daripada segi merakam gambar sejurus butang pengatup ditekan.

image is not available

Kemudian, warna dalam keadaan cahaya terang dilapo terlalu pekat sehinggakan nampak fake. Dalam keadaan malap pula, gambar seringkali terkena kesan halo ataupun HDR yang keterlaluan diikuti dengan kegalan sistem kamera menghasilkan simulasi bokeh yang kemas.

image is not available

Kelemahan terakhir adalah previu gambar yang pengguna lihat sebelum merakam seringkali tidak sama dengan hasil yang dirakam.

image is not available

Untuk rujukan, Xiaomi 13 Ultra dilengkapi sistem kuadkamera belakang dengan semua kamera mengguna pakai sensor 50MP. Sistem kamera pada telefon ini dibangunkan bersama antara Xiaomi dan Leica.

Xiaomi 13 Ultra dilancarkan dalam pasaran China dalam bulan April 2023 pada harga seperti berikut:

  • RAM 12GB + Storan 256GB CNY 5,999 (RM3,865)
  • RAM 16GB + Storan 512GB CNY 6,499 (RM4,187)
  • RAM 16GB + Storan 1TB CNY 7,299 (RM4,703)

Sumber: DXOMark

Bacaan berkaitan