Dynamic Island di Android telah lepasi angka 1 juta muat turun, hati-hati dengan risiko maklumat sulit terbocor

TechnologyDigital
3 Oct 2022 • 2:35 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dynamic Island mungkin adalah satu fenomena baharu sekarang. Walaupun paparan berlubang bukanlah sesuatu yang wow di dunia Android, ia meletup apabila Apple mengimplimentasikan pada iPhone mereka secara bijaksana.

Hasilnya, ramai pembangun aplikasi Android ingin menirunya. Salah satunya adalah dynamicSpot yang boleh anda muat turun secara percuma melalaui Google Play Store. Ditawarkan pada penghujung September 2023 lalu tapi kurang daripada sebulan, bilangan muat turunnya telah melewati angka 1 juta.

image is not available

Ia tentunya salah satu APP paling pantas dimuat turun dalam penawaran Jowomo, pembangun dynamicSpot. Kami sendiri pernah mencubanya untuk suka-suka. Didapati yang ia bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan daily driver untuk telefon anda. Banyak perkara yang tidak harmoni dengan sistem operasi Android.

Sekiranya anda salah seorang pengguna dynamicSpot ini, kami mengingatkan anda supaya peka dengan tatacara operasi APP ini. Seperti yang dilaporkan SoyaCincau.com, apabila menggunakan APP ini, anda telah memberikan kebenaran kepada dynamicSpot untuk membaca segala maklumat yang terpapar di atas skrin anda, termasuklah maklumat sensitif.

image is not available

Sewaktu anda lancarkan dynamicSpot, adakah anda baca pop-up apa yang terpacul di hadapan anda, atau anda cuma tekan Allow?