
Kota Kinabalu: Pemain Sabah, Dynneva Joyce Donni dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori perempuan dalam Kejohanan Golf Jemputan Remaja KGB (Kelab Golf Bintulu) 2023 yang berlangsung di kelab itu baru-baru ini.
Dia mengumpul 173 untuk dua hari bagi merangkul gelaran keseluruhan dan rakan sepasukannya turut memenangi dua lagi emas, satu perak dan satu gangsa dalam pertandingan itu.
Pingat emas lain dimenangi oleh Hana Sofia Hazrel (182) dalam kategori kumpulan D perempuan dan Nakamura Sensuke (165) dalam kumpulan B lelaki.
Pingat perak diperolehi daripada kategori kumpulan C perempuan menerusi Nur Aimi Warni (222) dan gangsa daripada Jamie Tan Huan Ying (192) dalam kumpulan B perempuan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
