Dyson HushJet Mini Cool Fan Diperkenalkan – Kipas Mudah Alih Dengan Bateri Sehingga 6 Jam

TechnologyDigital
9 Apr 2026 • 1:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dyson HushJet Mini Cool Fan diperkenalkan sebagai kipas mudah alih yang direka untuk kegunaan harian. Ia hadir dengan rekaan kompak yang membolehkannya berfungsi dalam pelbagai cara sama ada dipegang, dipakai di leher atau diletakkan di atas meja sekaligus lebih praktikal untuk digunakan di mana sahaja.

image is not available

HushJet Mini Cool Fan dikuasai oleh Motor Brushless DC yang mampu berputar sehingga 65,000 RPM untuk menghasilkan aliran udara mencapai 25m sesaat. Ia turut menggunakan muncung HushJet yang direkauntuk aliran udara lebih baik sambil mengurangkan bunyi sekali gus menjadikannya lebih senyap ketika digunakan. Tahap bunyinya juga berbeza mengikut mod iaitu 72.5 dBA dalam Boost, 68 dBA pada kelajuan 5 dan serendah 52 dBA pada kelajuan 1.

image is not available

Dyson HushJet Mini Cool Fan turut dilengkapi bateri 5,000mAh yang mampu bertahan sehingga enam jam manakala pengecasan semula pula mengambil masa sekitar 3 jam melalui USB‑C. Selain itu, Dyson juga menawarkan aksesori tambahan seperti Universal Mount untuk dipasang pada permukaan tertentu dan Grip Clip untuk mencengkam pada beg atau pakaian.

Produk ini akan dipasarkan di beberapa negara terpilih terlebih dahulu namun harga rasmi masih belum didedahkan.