Pelancaran Oppo Find X9 Ultra Dan Find X9s Pro Dijadualkan Pada 21 April 2026

TechnologyDigital
31 Mar 2026 • 3:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo telah memuat naik beberapa imej promosi baharu yang mengesahkan tarikh pelancaran untuk model Find X9 Ultra dan Find X9s Pro. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 21 April 2026 di China terlebih dahulu, dengan kedua-dua model diperkenalkan sebagai telefon mercu yang memberi tumpuan khusus kepada fotografi mudah alih.

image is not available

Find X9 Ultra bakal hadir dengan sistem telefoto baharu yang menyokong 10x zum optik serta sehingga 120x zum digital. Ia menggunakan reka bentuk prisma yang dipertingkat untuk hasil tangkapan jarak jauh lebih jelas, sementara proses pelarasan optik semasa pembuatan pula membantu imej kekal stabil. Selain itu, model ini turut membawa sensor khas 50MP yang digandingkan dengan enjin pemprosesan imej baharu, lalu menghasilkan gambar yang lebih tajam, terang, dan penuh perincian.

image is not available

Sementara itu, Find X9s Pro pula bakal hadir dengan sistem kamera dwi 200MP (utama dan telefoto), skrin OLED 6.32 inci, cip Dimensity 9500 serta bateri besar 7,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W. Bukan itu sahaja, Oppo juga dijangka memperkenalkan tablet baharu iaitu Oppo Pad Mini dan Pad 5 Pro, yang masing-masing dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 5 dan 8 Elite Gen 5.