Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton

FootballSports
17 Feb 2025 • 12:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Díaz dan Salah ledak gol Liverpool di Anfield. Foto Agensi

LIVERPOOL melebarkan status pendahulu saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Wolverhampton Wanderers di Stadium Anfield pada Ahad.

Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

Arsenal bimbingan Mikel Arteta pula mengekori rapat dengan 53 mata selepas mengatasi Leicester City, 2-0 di Stadium King Power pada Ahad.

Bintang Colombia, Luis Díaz, 28, meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-15 yang dijelmakan hasil gandingan bersama Diogo Jota, 28 dan Mohamed Salah, 32.

Salah kemudian menggandakan pendahuluan buat The Reds apabila menyempurnakan sepakan penalti minit ke-37.

Wolverhampton bimbingan Vítor Pereira yang tidak mengalah merapatkan kedudukan menerusi jaringan pemain Brazil, Matheus Cunha, 25, untuk kedudukan, 2-1.

Liverpool selepas ini akan berdepan Aston Villa di Stadium Villa Park, pada Khamis manakala Wolverhampton bertandang ke Stadium Vitality berdepan Bournemouth pada Sabtu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved