E-Ink Menghasilkan Skrin Untuk Pad Sesentuh Komputer Riba

TechnologyDigital
4 Jul 2025 • 10:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meletakkan skrin pada pad sesentuh komputer riba bukan inovasi baharu. ASUS dan Lenovo menawarkan model dengan skrin sekunder ini boleh memaparkan pintas pantas perisian, menjadi kalkulator dan mengawal muzik. Terkini E Ink menawarkan skrin epaper terkini mereka yang turut boleh digunakan pada pad sesentuh.

image is not available

Menurut E Ink skrin ini dibangunkan untuk keperluan aplikasi kecerdasan buatan (AI) semasa. Sekiranya sedang membaca dokumen, ringkasan kandungan boleh dipaparkan di skrin sesentuh. Ia juga boleh memaparkan teks perbualan dengan chatbot dengan ia tidak akan mengambil ruang pada skrin utama komputer riba.

Integrasi perisian AI dan perkhidmatan AI kini sudah tidak lagi boleh dielakkan. Sudah ada beberapa syarikat besar mewajibkan penggunaannya bagi meningkatkan produktiviti kakitangan. Maka apa yang ditawarkan E Ink ini mungkin aneh sekarang tetapi di masa depan komputer riba dengan skrin sekunder akan menjadi satu kelaziman.