E-sukan bakal sumbang pingat pertama Sukan Asia

25 Sep 2023 • 10:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Skuad e-sukan negara mara ke final selepas menewaskan Vietnam di separuh akhir.

MALAYSIA mengesahkan pingat pertama dalam Sukan Asia Hangzhou menerusi acara e-sukan selepas layak ke pusingan akhir.

Skuad negara menewaskan Vietnam 2-0 dalam aksi separuh akhir di China Hangzhou ESports Centre pada Isnin dalam kategori Arena of Valors (AOV).

Mereka akan menentang sama ada China atau Thailand yang akan membuat perhitungan dalam satu lagi aksi separuh akhir petang ini.

Malaysia diwakili oleh Chong Han Hui, Eng Jun Hao, Lai Chia Chien, Nicholas Ng Khai Shuan, Ong Jun Yang dan Yong Zhan Quan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved