Jurujual maut nahas tiga kenderaan

10 Dec 2019 • 5:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA BHARU - Seorang jurujual maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.15 malam, Wan Asri Wan Hamid, 30, yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 maut di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal berusia 22 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Katanya, kereta dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dari arah Kota Bharu menghala ke Kok Lanas membuat pusingan U di hadapan sebuah kedai cat untuk berpatah balik ke Kota Bharu.

“Secara tiba-tiba datang dua motosikal dari arah Kota Bharu ke Kok Lanas merempuh bahagian belakang dan kiri kereta itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, akibat perlanggaran tersebut, mangsa terjatuh di atas jalan raya dan cedera parah di kepala manakala seorang lagi penunggang motosikal jenis Honda Wave pula tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang tidak memastikan keadaan selamat sebelum membuat pusingan U.

“Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved