Dibayar untuk menangis di upacara pengebumian

30 Nov 2019 • 1:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

HENAN - Seorang wanita berasal dari wilayah pedalaman Henan di China menyara keluarganya dengan 'bakat' menangis.

Wanita berkenaan dibayar upah untuk menghadiri pengebumian individu tidak dikenali dan dia dikehendaki menangis serta meratap hiba seolah-olah si mati adalah ahli keluarganya sendiri.

Menurut wanita yang enggan dikenali itu, dia menerima bayaran sekurang-kurangnya 330 yuan (RM196) untuk menangis selama 30 minit.

Dalam setahun, dia mampu memperolehi 200,000 yuan (RM118, 829) pendapatan yang agak lumayan di kawasan pedalaman China.

Pendapatan yang dikumpul selama lebih 20 tahun menjalankan kerja itu membolehkannya membeli sebuah rumah untuk keluarganya selain menghantar anak sulungnya menuntut di universiti. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved