Eagle Elite, Raptor’s ungguli Bola Jaring B-21 Piala Pengarah

6 Apr 2026 • 4:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Pasukan Eagle Elite dan Raptor’s masing-masing muncul juara kategori lelaki dan wanita Kejohanan Bola Jaring B-21 Tertutup Piala Pengarah yang berlangsung di Dewan Lestari TVET, Adtec JTM Kampus Labuan.

Kejohanan julung kali dianjur Adtec JTM Labuan bersama Majlis Perwakilan Pelajar itu menghimpunkan 14 pasukan dari sekitar Labuan, kata Pengarah Program DLaiLa Nurdin.

Katanya, kejohanan itu bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pelajar, malah menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan bola jaring di peringkat institusi TVET.

“Tiga pasukan teratas masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM400, RM200 dan RM100, hamper, piala pusingan dan medal,” katanyaMajlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengarah Adtec JTM Kampus Labuan, Imalistyahusnajaya Mat Hussin.