“Easy money” – Peniaga Bazar Ramadan Dirakam Guna Air Paip Tepi Jalan Untuk Berniaga

Entertainment
3 Apr 2023 • 3:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Saban tahun pasti akan ada kes-kes pelanggan yang dianiaya peniaga bazar Ramadan, karipap inti oxigen, makanan hangit, makanan dah busuk atau basi dan terbaru ni, kantoi peniaga air guna air paip.

Kelakuan itu, dirakam oleh orang awam dan tular di media sosial semalam sehingga meraih lebih daripada 4,100 jumlah perkongsian di Twitter.

 

Jual air balang pakai air paip

Beberapa foto yang tular itu menunjukkan peniaga mengisi air paip di tepi jalan dalam satu bekas sebelum dituangkan kedalam balang air untuk dibuat berniaga.

Biarpun, waktu dan lokasi kejadian masih belum dikenalpasti, ramai netizen bengang dan kembang tekak apabila melihatnya.

Mana tidaknya, menu di bazar Ramadan sekarang mahal-mahal belaka, kalau dulu RM 20 dah lepas banyak menu, kuih dan air, sekarang ni bawa RM 50 pun belum tentu cukup kadang-kadang.

Dengan perkongsian ini, ia membuatkan ramai netizen kongsikan sebab kenapa mereka tidak pergi ke bazar Ramadan, bahkan, ada juga yang mengatakan bahawa kejadian ini bukanlah sesuatu perkara yang baharu, cuma tidak digembar-gemburkan sahaja di media sosial sebelum ini.

 

Easy money – Netizen

image is not available image is not available image is not available image is not available

Lepas tu jual harga mahal, harap lepas ni dapat lah perbetulkan balik.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.