eBeliaRahmah: Ini tawaran tambahan yang diberi TNG eWallet, Setel, dan Boost

26 Jun 2023 • 10:51 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

26 Jun 2023 adalah tarikh mulanya tempoh permohonan mendapatkan kredit RM200 yang disediakan di bawah inisiatif eBeliaRahmah. Inisiatif ini boleh disertai warga belia yang berusia 18 hingga 20 tahun serta mahasiswa sepenuh masa di kolej dan univerisiti. eBeliaRahmah akan disalurkan kerajaan melalui tiga edompet terpilih iaitu Boost, Setel, dan Touch 'n Go eWallet (TNG eWallet).

image is not available

Disamping kredit RM200, ketiga-tiga platform yang disebutkan tadi ada menyediakan manfaat tambahan bagi menarik lebih ramai orang menebus melalui platform mereka. Berikut kami senaraikan manfaat-manfaat untuk setiap edompet.

Ganjaran tambahan eBeliaRahmah di TNG eWallet

TNG eWallet menawarkan baucar bernilai sehingga RM550 yang terdiri daripada diskaun serta pulangan tunai. Ia adalah himpunan manfaat daripada pelbagai penjual dalam kategori jenama beli-belah, kedai serbaneka, F&B, bil, permainan, dan hiburan.

image is not available

Antara yang menarik adalah:

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi TNG eWallet untuk maklumat lanjut.

Ganjaran tambahan eBeliaRahmah di Setel

Di platform Setel, penebus eBeliaRahmah disediakan dengan pulangan tunai sehingga RM105.

image is not available

Untuk menebus semuanya, ia dibahagiakan kepada beberapa perkara:

  • RM1 untuk setiap transaksi menggunakan QR (maks. RM10)
  • RM5 untuk setiap pembelian petrol (maks. RM25)
  • RM1 untuk setiap transaksi di Cafe Mesra (maks. RM10)
  • RM10 untuk setiap transaksi di Kedai Petronas (maks. RM50)
  • RM10 untuk ahli baharu

Setel turut menyediakan eBaucar daripada rakan niaga terpilih dengan syarat perbelanjaan minimum RM5. Selain itu, mereka turut menawarkan cabutan bertuah 2 tiket untuk pergi ke konsert di Singapura. Anda boleh layari laman rasmi Setel untuk maklumat lanjut.

Ganjaran tambahan eBeliaRahmah di Boost

e-Dompet yang ketiga adalah Boost. Mereka menawarkan ganjaran tambahan bernilai lebih RM200. Namun, perinciannya masih tandus kecuali mereka menyenaraikan rakan niaga seperti Watsons, Lazada, Switch, Urban Republic, Mobile2Go, Insied Scoop, Agoda, dan Viu sebagai yang akan berikan ganjaran.

image is not available

Anda boleh pergi ke laman rasmi Boost untuk maklumat lanjut.

Untuk eBeliaRahmah, kredit edompet yang diberikan hanya boleh dibelanjakan melalui transaksi luar talian di kedia fizikal. Tempoh permohonan akan berlangsung sehingga 22 Ogos 2023 ini. Kredit yang diberikan wajib digunakan sebelum 31 Ogos 2023.

Bacaan tambahan