Ebit Lew Ziarah Mak Wan Latah, Netizen Mohon Doa, Sebak Lihat Keadaan Terkini - “Jalan Terbongkok-Bongkok, Tolonglah Bantu Dia…”

14 Mar 2025 • 3:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Keadan terkini pelakon vateran Mak Wan Latah ternyata membuatkan netizen sebak.  
 

Sukar berjalan

        View this post on Instagram                      

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


Perkembangan terkini Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud dikongsi sendiri oleh pendakwah bebas, Ebit Lew yang berkesempatan menziarahi pelakon itu baru-baru ini.


 


Menerusi video yang dikongsi di Instagram, kelihatan keadaan Mak Wan sukar untuk berjalan.


 


Bagaimanapun, Ebit menerusi kapsyen yang ditulis, mendoakan aktres berusia 64 itu terus diberikan kesihatan yang baik.


 

“Ziarah Mak Wan. Allahukakbar. Dulu bawa Mak Wan pergi Umrah. Katanya rindu sangat.
 
“Mak Wan kata jika ada job apa-apa, boleh bagi dekatnya. Semoga Mak Wan terus kuat dan sihat ya, Allah sayang Mak Wan,” coretnya.

 


Dalam pada itu, Ebit juga dipercayai menghulurkan sumbangan berbentuk wang kepada Mak Wan bagi meringankan bebannya.


 

Netizen doakan cepat sembuh

 


Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan simpati dengan nasib Mak Wan.


 


Malah mereka juga turut mendoakan kesihatan Mak Wak semakin baik dan urusanya dipermudahkan.


 


Sebelum ini, Mak Wan pernah mendedahkan sudah lama tidak menerima tawaran berlakon dan mengalami masalah kewangan.